assalamualaikum...
bismillahirrahmaniirahim...
bila la boleh habis hutang kan...kalo habis hutang kan beeeest...
nak try tips yang dapat ni la..
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan
untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu,
jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa
berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup
baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang
interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18%
setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list
down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate
paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan
perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good
debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang
Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement
Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan
duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar
ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana
tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan
full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai
ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer,
ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua
hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar
interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian
runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan
sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit
bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit
.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji
tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu!
Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk
setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120
sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80
(RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu
hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana
Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat
full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu
masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu
sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara
automatik!
Buat potongan gaji atau standing
instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang
jadi tertunggak tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan