Isnin, 9 Februari 2015

Saya Nak Bebas Dari Hutang!!!

assalamualaikum...
bismillahirrahmaniirahim...

bila la boleh habis hutang kan...kalo habis hutang kan beeeest...

nak try tips yang dapat ni la..

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit
.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!


Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

JUS NAK KURUS...


Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..
 

Jika anda amalkan meminum segelas jus sayur-sayuran & buah-buahan 3-kali sehari secara konsisten (istiqamah) setiap hari, maka anda akan berupaya menghilangkan antara 3kg-8kg berat badan dalam masa 3 bulan.
 

Kebaikan jus buah-buahan & sayur-sayuran bukan sekadar bermanfaat menjaga kelangsingan badan, malah dengan amalan yg berterusan dapat menambah baik struktur kecantikan kulit serta memelihara keanjalan kulit anda supaya kelihatan muda berseri walau pun usia semakin meningkat. Hari ini saya nak bagi satu resepi jus sayur yg sangat popular di kalangan artis-artis barat & di kalangan pengamal diet berasaskan sayur utk menjaga kelangsingan tubuh & kecantikan kulit mereka.
 

Bahan-bahan Utk Menyediakan Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  3 biji timun, sederhana besar (saya suka timun Jepun sebab tak pahit langsung, jangan buang kulit)
§  1 biji lobak merah (boleh guna 2-3 biji, jangan kikis kulit, make sure cuci bersih)
§  2 gelas air mineral
§  2 sudu besar cuka epal (boleh ganti dengan cuka kurma / 2 biji limau nipis besar / 4 biji limau kasturi)
§  1 sudu besar cuka epal (utk toner)
§  1/4 sudu kecil glycerin (utk toner sahaja, sebagai pelembap & pengawet semulajadi)
Penyediaan Minuman Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  hiris timun & lobak merah halus-halus (supaya blender tak semput).
§  masukkan dalam blender, tambah 2 gelas air mineral (air masak pun boleh).
§  tekan suis, blend sampai hancur halus.
§  tapis ke dalam besen.
§  tuang ke dalam gelas a (simpan bakinya dalam gelas b).
§  masukkan 2 sudu besar cuka epal ke dalam gelas a, kacau sebati, sedia utk diminum.
Kebaikan Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  membuang toksin dalam usus
§  melancarkan sistem metabolisma badan
§  membekal stamina
§  membuang air yg terbendung dalam sel-sel badan
§  membantu melegakan masalah sendi & gout
melewatkan proses penuaan kulit & menambah seri pada kulit
§  membunuh cacing dalam badan
§  membantu masalah kanser usus
Penyediaan Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  masukkan baki jus dalam gelas b ke dalam botol kosong (boleh beli kat pharmasi).
§  kemudian masukkan 1 sudu besar cuka epal.
§  masukkan 1/4 sudu kecil glycerin (cari kat bakeri supplies, murah je).
§  goncang sebati, simpan dalam peti ais
Cara Guna Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  lepas cuci muka, pakai toner ini (waktu malam saja)
§  boleh menangani kemunculan garis-garis halus pada wajah
§  membuang sel kulit mati
§  mencerahkan kulit & tanda parut
§  menangani masalah kulit berminyak
§  mengecilkan saiz pori-pori
§  boleh digunakan pada waktu siang tapi pastikan anda tidak keluar & terdedah pada cahaya matahari.
Cara Buat Masker Wajah dengan Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-

§  masukkan 2 sudu besar toner ke dalam mangkuk kecil.
§  masukkan 1 sudu besar tepung jagung.
§  masukkan 1 sudu kecil susu tepung.
§  uli sebati & tampal rata-rata pada muka yg telah bersih.
§  biar 10-15 minit, lepas itu cuci muka bersih-bersih.
Note: Nak buat apa dengan serat timun & carrot dalam mangkuk no.5 tu? jawapannya = jadikan skrub muka & badan utk mencerah & menghaluskan kulit




 10 biji buah kurma lembut (buang biji) + 1/2 cawan air + 1 cawan ais + 1/2 cawan susu cair + 1 sudu kecil gula + masukkan dalam pengisar & kisar sampai hancur.. 

PELABURAN ATAU SIMPANAN?

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim..

pelaburan dan simpanan dua perkara berbeza rupanya...jadinya wajib pandai menilai..beli barang dapat barang la kan bukan beli barang dapt resit je..


Kami di harga emas cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?  kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan menyimpan didalam emas adalah
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… :)


kelebihan simpan emas

assalamualaikum....
bismillahirrahmanirrahim...

banyak juga kelebihan simpan emas ya...

15 kelebihan MENYIMPAN / MELABUR EMAS FIZIKAL
1.     Sebagai SIMPANAN atau PELABURAN bagi jangkamasa SEDERHANA dan PANJANG.
2.    HALAL kerana mempunyai AKAD JUAL BELI EMAS yg dituntut ISLAM.
3.    Senang dicarikan (liquidity) dan berNILAI dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
4.    KESTABILAN harga EMAS di pasaran dunia dan tidak TERIKAT dengan INFLASI dan DEFLASI.
5.    Aset atau pelaburan yang MUDAH dan SENANG diuruskan. Tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. (Simpanan yg dilupakan atau sekadar simpan dibawah bantal macam zaman nenek moyang kita).
6.    Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual beli. Pemilik emas boleh urus jual beli sendiri simpanan emas mereka pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
7.    Tiada Cukai yang dikenakan kecuali ZAKAT EMAS untuk yg beragama ISLAM.
8.    Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
9.    Pelaburan atau simpanan yang SELAMAT ketika keadaan ekonomi JATUH disebabkan peperangan, politik ataupun system ekonomi dunia jatuh.
10.  Boleh dipajak utk dapatkan TUNAI SEGERA tanpa terlibat dengan RIBA’ pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah.
11.  Aset yang boleh diwarisi secara MUDAH tanpa perlu dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ke 3.
12.   Senang dibawa kemana-mana kerana mempunyai saiz yg kecil. (5g – 250g). ~ boleh juga dipakai sebagai barang kemas.
13.  Aset fizikal atau simpanan yang tidak boleh diBEKUkan walaupun diisytiharkan BANKRUP.
14.  Simpanan atau asset untuk masa depan keluarga. (Pembiayaan anak-anak ke universiti, menunaikan haji, memulakan perniagaan etc)
15.  Emas fizikal sebagai MODAL perniagaan, cagaran perniagaan atau ‘rolling’ perniagaan.


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.